Whistleblowing Policy

Objektif: DASAR DEDAH PENYELEWENGAN

Nationwide Express Holdings dan anak syarikatnya ("Syarikat"), komited untuk mencapai tahap piawaian integriti tertinggi daripada semua kakitangan dan pembekal. Syarikat memandang berat sebarang salah laku oleh mana-mana pihak samada pihak pekerja, pengurusan, pengarah, pembekal atau mana-mana pihak berkepentingan lain yang terlibat dengan atau di dalam Syarikat.

Dasar ini dirangka untuk mengukuhkan kedudukan Kumpulan dalam menggalakkan pekerja atau pihak berkepentingan yang lain untuk meningkatkan kesedaran mengenai salah laku yang mungkin atau yang telah berlaku berkaitan dengan laporan kewangan, pematuhan dan penyelewengan lain. Saluran pemberi maklumat penyelewengan ditubuhkan untuk membantu pekerja atau pihak berkepentingan untuk mendedahkan penyelewengan tanpa rasa takut akan akibatnya.

Kumpulan berharap agar semua pihak sentiasa bertindak dengan niat baik dan mempunyai alasan yang munasabah apabila melaporkan aduan. Walau bagaimanapun, tuduhan jahat atau palsu oleh pemberi maklumat akan dipandang serius dan dianggap sebagai salah laku yang berat dan jika terbukti ianya boleh membawa kepada pemecatan jawatan.

Identiti pihak yang melaporkan aduan dedah penyelewengan akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, sekiranya identiti pengadu perlu didedahkan bagi tujuan penyiasatan, persetujuan pengadu akan diambil terlebih dahulu.

Apa-apa percubaan untuk membalas dendam atau mengugut sesiapa yang telah melaporkan aduan dedah penyelewengan dengan niat baik akan tertakluk kepada tindakan tatatertib yang bersesuaian.

Jenis-jenis Salah Laku

Mana-mana pihak boleh membuat aduan dedah penyelewengan jika mereka mengetahui sebarang salah laku, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: -

  • penipuan
  • penyelewengan aset
  • jenayah pecah amanah
  • rasuah
  • gangguan seksual
  • perakaunan tidak wajar
  • penyalahgunaan maklumat sulit
  • pelanggaran dasar Kumpulan dan pihak berkuasa
  • tindakan yang bertentangan dengan kepentingan Kumpulan, undang-undang, peraturan atau dasar awam
  • sengaja menyembunyikan maklumat berkenaan dengan mana-mana perkara di atas

Prosedur

  1. Setiap maklumat atau aduan harus diberitahu kepada ketua jabatan. Sekiranya difikirkan tidak sesuai dilaporkan kepada ketua jabatan, maka perlu dilaporkan kepada Pengarah Urusan.
  2. Maklumat / Aduan kepada Pengarah Urusan mestilah ditulis “Sulit & Persendirian”.

    Pengarah Urusan

    E-mail
    wb_mb@nationwide.com.my

    Alamat
    Nationwide Express Courier Services Berhad
    Lot 6 & 7, Jalan Utas 15/7, Section 15,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
    U/P : Pengarah Urusan

  3. Dalam kes maklumat / aduan pihak pengurusan, laporan tersebut perlu dibuat kepada Pengarah Kanan Bebas.
  4. E-mail
    wb_director@nationwide.com.my

    Alamat
    Nationwide Express Courier Services Berhad
    Lot 6 & 7, Jalan Utas 15/7, Section 15,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
 

Objectives

Nationwide Express Courier Services Berhad and its group of companies ("the Group"), is committed to achieving the highest standards of integrity from all its employees and vendors. The Group takes a serious view of any wrongdoing on the part of its employees, management, directors and vendors or any other stakeholders who are involved with or in the Group.

This policy establishes the Group's position in encouraging employees or other stakeholders to raise genuine concerns about possible improprieties in matters relating to financial reporting, compliance and other malpractices or misconduct that may have occurred. The Whistle-blowing channels are established to help employees or other stakeholders raise concerns, without fear of reprisals or retaliations.

The Group expects all parties to always act in good faith and have reasonable grounds when reporting a Whistle-blowing complaint: However, malicious and false allegations by a whistle blower will be viewed seriously and treated as a gross misconduct and if proven may lead to dismissal.

The identity of parties reporting a Whistle-blowing complaint will be kept confidential. However, their consent will be sought should there be need to disclose their identity for investigation purposes.

Any attempt to retaliate, victimize or intimidate against anyone who has reported a Whistle-blowing complaint in good faith will be subjected to the appropriate disciplinary actions.

Types of Wrongdoing

Parties can report a Whistle-blowing complaint if they are aware of any wrongdoing, including but not limited to the following:-

  • fraud
  • misappropriation of assets
  • criminal breach of trust
  • corruption
  • sexual harassment
  • questionable or improper accounting
  • misuse of confidential information
  • breach of the Group policies and authorities
  • acts or omissions which are deemed to be against the interest of the Group, laws, regulations or public policies
  • deliberate concealment of information relating to any of the above

Procedures

  1. Any concern should be raised to the immediate superior. If for any reason, it is believed that this is not possible or appropriate, then the concern should be reported to the Managing Director. Channel of reporting to the Managing Director is as follows:-
  2. Managing Director

    Via Email
    wb_mb@nationwide.com.my

    Via Mail
    Mark Strictly Confidential
    Nationwide Express Courier Services Berhad
    Lot 6 & 7, Jalan Utas 15/7, Section 15,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
    Attention : Managing Director

  3. In the case where reporting to management is a concern, then the report should be made to the Senior Independent Director. Channel of reporting to the Senior Independent Director is as follows:-
  4. Via Email
    wb_director@nationwide.com.my

    Via Mail
    Mark Strictly Confidential
    Nationwide Express Courier Services Berhad
    Lot 6 & 7, Jalan Utas 15/7, Section 15,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.